Hantar resit atau invois
Ambil gambar resit atau hantar invois terus ke TaxNadi melalui Telegram.
Hantar resit atau invois melalui Telegram. TaxNadi bantu baca merchant, tarikh, jumlah dan kategori, simpan rekod anda dan bantu anda semak semula perbelanjaan bila-bila masa.
Tak perlu key-in satu per satu. Hantar resit atau invois dan biarkan TaxNadi membantu membaca, menyusun dan menyimpan rekod anda.
Ambil gambar resit atau hantar invois terus ke TaxNadi melalui Telegram.
Merchant, tarikh, jumlah dan kategori dikenal pasti secara automatik sebelum rekod disimpan untuk anda.
Tanya tentang perbelanjaan anda, cari semula dokumen, lihat perkara yang perlukan perhatian dan export rekod apabila diperlukan.
TaxNadi membantu anda merekod dokumen, mencari semula maklumat dan memahami apa yang masih perlukan perhatian.
Merchant, tarikh, jumlah dan kategori dibaca secara automatik untuk mengurangkan kerja key-in. Resit dan invois berbilang halaman juga boleh disimpan sebagai satu rekod.
Tanya rekod anda menggunakan ayat biasa seperti “Berapa saya belanja petrol bulan ni?” atau “Ada invois belum bayar?”
Nampak dokumen yang belum disahkan, maklumat yang belum lengkap, status bayaran invois dan rekod yang masih memerlukan semakan.
Lihat jumlah perbelanjaan, rekod yang telah disahkan dan ringkasan semakan awal cukai dalam satu tempat.
Cari rekod mengikut merchant, tarikh, jumlah atau kategori dan betulkan maklumat apabila diperlukan.
Export rekod untuk simpanan sendiri, semakan lanjut atau dikongsi dengan accountant apabila diperlukan.
Tak perlu selak satu per satu. Tanya TaxNadi menggunakan ayat biasa dan dapatkan jawapan berdasarkan rekod yang telah anda simpan.
Jumlah perbelanjaan bulan ini
RM329.85Semua semakan asas yang boleh anda selesaikan telah dikemas kini.
TaxNadi tidak melabel setiap resit sebagai “boleh claim”. Sistem memberi semakan awal berdasarkan maklumat resit, profil pengguna dan rule yang tersedia.
Kelayakan sebenar sesuatu tuntutan masih bergantung pada syarat HASiL, dokumen sokongan dan keadaan pembayar cukai.
Tiada kontrak jangka panjang. Pilih kapasiti yang sesuai dengan penggunaan anda.
Cuba TaxNadi dan mula susun resit anda.
Untuk individu, freelancer dan pengguna aktif.
Untuk freelancer, seller online & enterprise kecil.
Pilih pelan melalui Telegram dan buat pembayaran melalui halaman pembayaran selamat TaxNadi. Pelan akan diaktifkan selepas pembayaran berjaya.
TaxNadi direka untuk individu, freelancer, seller online, pemilik enterprise dan bisnes kecil yang mahu menyimpan serta menyusun rekod resit dengan lebih mudah.
Tidak. TaxNadi memberikan semakan awal berdasarkan maklumat yang tersedia. Kelayakan sebenar bergantung pada syarat HASiL, dokumen sokongan dan keadaan pembayar cukai.
Anda boleh melihat dan mengedit merchant, tarikh, jumlah, kategori dan maklumat tertentu sebelum menggunakan rekod tersebut.
Tidak. Quota mengukur jumlah resit yang telah disimpan sepanjang tempoh quota. Memadam resit tidak memulangkan penggunaan quota untuk tempoh tersebut.
Rekod sedia ada kekal tersedia dalam mod read-only. Anda perlu mengaktifkan semula langganan untuk menyimpan resit baru.
Tidak. TaxNadi ialah produk bebas yang dikendalikan oleh RN ONE CAPITAL SERVICES dan bukan portal rasmi atau wakil LHDN/HASiL.
Hantar satu resit sekarang dan lihat bagaimana TaxNadi menyusunnya untuk anda.